Pendidikan
Sekolah Madani
Sekolah Madani merupakan sebuah inisiatif pendidikan yang bertujuan memperkukuh kefahaman tentang politik nilai dalam kalangan aktivis politik dan masyarakat umum, tanpa mengira latar belakang parti, bangsa atau agama. Program ini dibangunkan berasaskan prinsip ilmu sebagai tonggak tindakan, dengan pendekatan yang menyatukan pengalaman aktivis, modul berstruktur, dan landasan ilmu Sains & Islam.
Tujuan Program
- Memberi gambaran yang tepat dan menyeluruh tentang politik nilai sebagai asas kepada tindakan politik yang beretika dan berwawasan.
- Menyediakan ruang perkongsian pengalaman daripada aktivis yang telah lama bergiat aktif dalam gerakan rakyat dan politik tanah air.
- Menekankan kepentingan ilmu yang sahih dan sistematik sebagai panduan utama dalam membuat keputusan dan tindak balas politik.
- Menawarkan modul pembelajaran yang dirangka berdasarkan keperluan semasa, berteraskan Sains dan Islam, untuk membentuk aktivis yang berdaya fikir dan berintegriti.