PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) merupakan salah satu inisiatif pendidikan Kerajaan Negeri Selangor yang dikendalikan melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Program ini menyediakan bantuan pendidikan secara percuma kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun, khususnya pelajar yang mendapat keputusan sederhana atau lemah. Bantuan ini merangkumi penyediaan modul pembelajaran dan kelas tambahan (tuisyen).