PRuPerform
Pertubuhan Reformis Ulung(PRu)
Pertubuhan Reformis Ulung (PRu) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan khidmat kebajikan dan pembangunan masyarakat. Ditubuhkan dengan semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap rakyat, PRu berperanan sebagai pemangkin perubahan sosial melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan, bantuan kebajikan, dan program pembangunan insan.
Perkhidmatan
PENDIDIKAN
Pertubuhan Reformis Ulung (PRu) melalui inisiatif Sekolah Madani dan Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) komited dalam memperkasa pendidikan berteraskan nilai, ilmu dan kepimpinan. Program yang dijalankan merangkumi pembangunan aktivis, kelas bimbingan serta sokongan pendidikan percuma bagi melahirkan generasi berdaya saing, berintegriti dan cemerlang dalam akademik. Usaha ini selaras dengan konsep Malaysia MADANI, memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.
Perkhidmatan
KEBAJIKAN
Pertubuhan Reformis Ulung (PRu) sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama: membantu mangsa bencana, menyokong golongan miskin tegar, serta menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang berada dalam keadaan terdesak. Usaha ini dilaksanakan bagi meringankan beban, memulihkan semangat, dan memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan.
Betulkan Yang Biasa - Biasakan Yang Betul
AYUH SERTAI DAN BERSAMA KAMI
Berminat untuk sertai sebarang aktiviti kemasyarakatan dan program yang bakal dijalankan. Daftarlah bersama kami untuk makluman segera dan info secara langsung